Perjalanan mengenal dunia Kopi Istimewa, Icepresso bermula pada tahun 2019. Bermula dengan dunia FnB ( coffee shop ), mencari tujuan dimana arah tuju Icepresso sehinggalah terlihat penulisan arkib kopi di laman sesawang tentang kopi istimewa.
Sudah 3 tahun berlalu, mencicip pelbagai jenis kopi dari pelbagai negara sehingga menjadi persoalan “Apalagi yang mesti dicuba atau meluaskan lagi ilmu tentang kopi?”. Sehinggalah melihat Instastory Arkib Kopi sebulan di Indonesia melawat kebun kebun kopi disana, secara tak lansung mewujudkan perasaan ingin tahu yang sangat kuat.
Mimpi menjadi realiti pada tarikh 23 Julai 2023, impian yang sudah lama diidamkan iaitu ke kebun kopi menjadi realiti atas jemputan dari Arkib Kopi ke Bali, Indonesia. Bergerak dari Kota Bharu, Kelantan sehari sebelum menaiki bas, menunjukkan kebolehan untuk mencuba sesuatu yang baru.
Bagi Icepresso, impian kami bukanlah sekadar kedai kopi biasa. Kami melihat sesuatu yang luar biasa tentang kopi. Dari Espresso hingga ke Pour Over yang kami tawarkan hari hari di kedai sentiasa mempunyai makna yang tersirat yang hanya boleh dirungkai melalui pengalaman dan pemahaman yang dalam industri kopi.
Curtina Coffee Farm and processing mill merupakan tempat pertama saya menjejakkan kaki ke kebun kopi. Terletak di Kampung Desa Angin di Kintamani, perjalanan dari Denpasar memerlukan sekurang-kurangnya 3 jam. Curtina Coffee Farm and processing mill merupakan milik keluarga mas Wana, yang merupakan prosessor kopi specialty di Bali. Keluarga ini bermula dengan memproses kopi dihalaman rumah sehingga jumlah kopi yang semakin banyak dan mereka berpindah ke tempat pemprosesan yang sangat dekat dengan kebunnya. Pengalaman melihat kebun kopi Curtina sangatlah berharga dimana saya dapat melihat pelbagai jenis kopi arabika dan juga robusta.
Jejak sahaja di Curtina, kami disambut oleh bauan yang kuat seperti buah ceri yang diperam. Kilang pemprosesan Curtina boleh menampung lebih kurang 30 tan kopi untuk diproses dan proses pengeringan untuk kopi istimewa di Curtina sendiri manakala yang lain akan dikeringkan di Singaraja
Beruntung kerana Icepresso bukan lah pemanggang kopi, mempunyai peluang melihat Arkib kopi melakukan sample roast di kebun merupakan satu pengalaman yang berharga buat kami. Selepas melawat kawasan pemprosesan dan kebun, kami terus ke ruang panggang untuk melakukan sample roast. 4 kopi mas Wana yang kami sample di sana, menikmati, menikmati kopi istimewa terus dari kopi. Banyak yang kami belajar di dunia “sebelah” sana.
Akhir kata, yang pasti lawatan ke kebun kopi bukan kali yang terakhir kami lakukan. Menimba dunia kopi dengan dalam memahami persekitaran dan bukan sahaja di coffee bar membuka pandangan kami untuk menyeduh kopi istimewa lebih bermakna pada masa akan datang.
*nota kaki – blog penulisan kali ini khusus dari Icepresso sendiri. Kami juga amat berbesar hati dengan pengalaman yang ditimba bersama. Moga ketemu lagi, Indonesia.