Sebahagian daripada kolabarasi yang akan datang antara Arkib Kopi dan Lunabar Coffee, kami sempat menemubual pengasas Lunabar Coffee. Untuk mengenali beliau dan Lunabar Coffe dengan lebih lanjut ikuti bersama kami bersama Cik Jasmin dari Lunabar Coffee.
Boleh anda memperkenalkan diri?Nama saya Jasmin. Saya anak Kedah dan menetap di Pulau Pinang semenjak dari zaman kolej. Kadangkala saya tertanya apa 'peranan' saya yang paling utama di dunia. Pada saya kopi ibarat puisi dalam kehidupan seharian, ia adalah jampi untuk menceriakan rutin dalam kehidupan seharian.
Pilih salah satuA.Sin Chang atau Dorameon
Sin Chan
B.Char Keuw Teow atau Cendol
Cendol
C.Espresos atau Filter
Penapis
D. Pop atau Jazz
Jazz
E.Finland atau Jepun
- Tunggu jawapannya sehingga saya sudah ke Finland hohoho
Tenang dan santai. Bila kawan sebut “hae~” , maksudnya luangkan masa bersama tanpa buat apa2. Sedikit gaya hidup perlahan.
Gambar1. Senyuman ramah mesra menerima penyambut tetamu di Lunabar Coffee
Nyatakan diri anda dalam 3 patah perkataan.
Riang-ria, penyayang dan ramah-mesra
Buku dan muzik kegemaran.
Buku - Here We Are oleh Oliver Jeffers
Muzik - 香格里拉 oleh Waa Wei
Menjadi lebih berani untuk mengembara ke seluruh dunia, berkomunikasi dengan orang baru.
Gambar 2. Berkongsi minat yang sama merupakan memenuhi menuras kopi yang mutlak.
Kopi Lunabar
Gambar 3. Seandai anda terserempak dengan lambang ini, tahniah anda sudah menjumpai permata di pulau mutiara.
Bagaimana anda boleh terjebak ke dunia kopi.
Secawan kopi Ethiopia istimewa yang dituras oleh Ving (pemanggang kopi The Roast Things Coffee Roaster) semasa saya melanjutkan pengajian di Taiwan. Pengalaman meluangkan masa di kedai kopi sambil menikmati kopi Ethiopia membuatkan saya berazam membuka kedai sendiri yang menyajikan kopi yang enak serta suasana yang selesa.
Gambar 4. Setiapkan impian besar yang menjadi realiti dimulakan dengan langkah yang kecil.
Bagaimana ia bermula?
Kira-kira 3 tahun lepas kami bermula dengan membuka gerai bergerak di Man Man Market dan Hin Bus Pop Up Market. Kami amat teruja dengan gerai bergerak yang pertama, kami menggunakan pelbagai alat turas dan anda boleh bayar ikut suka hati.
Gambar 5. Susunan tumbuhan semulajadi yang kemas dan unik oleh Sputnik Forest.
Mengapa Lunabar? Boleh ceritakan dengan lebih lanjut tentang idea di sebalik tabir?Luna bermakna bulan dan ia sentiasa nun jauh di angkasa. Kami sentiasa berharap kami akan sentiasa ada apabila anda memerlukan ruang yang selesa dan minuman kopi yang enak. Kamu akan sentiasa cuba untuk menemani anda di sini. Selain itu, kadangkala kami agak 'gila', tidak pernah ragu2 percaya terhadap tentang impian sukar untuk dikecapi.
Gambar 6. Aman & Damai
Apa yang membuatkan Lunabar istimewa?
Sebuah rumah kopi yang agak tersorok tetapi dikelilingi dengan warna hijau kehidupan.
Berkenalan dengan orang2 yang baik J.
Kadangkala saya tertanya apa yang perlu saya lakukan dalam masa yang sukar.
Gambar 7. Sudut pandangan dari 'taman' di dalam rumah.
Boleh berkongsi cerita tentang tim Lunabar?Mereka sangat kreatif dan ringan tangan. Setiap orang ada keistimewaan dan kekurangan tetapi mereka dengan lapang hati saling bantu-membantu. Akhirnya semua berjalan dengan lebih lancar di luar jangkaan.
3 patah perkataan tentang diri mereka.Berdikari, kreatif dan jujur.
Adakah rancangan anda untuk Lunabar di masa hadapan?
Menjadi lebih Luna!
Teruskan membaca dan minum kopi istimewa anda.:)