Langgan : Terang SO 08-01

Kebun

Dunia kopi istimewa sentiasa berpaksikan petani2 kopi yang hebat dan mengorbitkan pemanggang kopi yang mahir. Penuras kopi merupakan insan2 istimewa yang menghargai nilai serta kualiti kopi yang dinikmati. Memahami ekosistem kopi istimewa Arkib sentiasa kritikal dalam pemilihan kopi dan petani. Kebelakangan ini tumpuan kami lebih ke arah kopi eksperimental demi menjamu selera para peminat kopi yang semakin rambut dahagakan pengalaman baru.

Santa Felisa merupakan nama yang tidak asing bagi veteran pemanggang kopi. Kebun Santa Felisa mula diusahakan pada 1904 oleh keluarga Meneses dan mempunyai sejarah yang cukup lama dalam pertanian kopi. Kini ia diuruskan oleh adik beradik Anabella dan Antonio yang membawa inovasi baru dalam proses kopi serta penerokaan baka kopi eksotik.

Gambar 1. Ceri merah di kebun Santa Felisa yang menunggu masa untuk di petik.

Lelong

Model penawaran kopi oleh Santa Felisa telah mengangkat mereka ke suatu status pengeluar kopi unggul sekaligus membezakan nama Santa Felisa dengan petani lain. Anabella telah mencipta pelbagai protokol proses kopi unik yang disesuaikan dengan suasana iklim tempatan bagi menghasilkan rasa kopi yang berkualiti tinggi. Antara proses-proses yang terminal ialah supertitles fermentasi keadaan pepejal, natural slow dry, natural-aerobic fermentation, natural - submerged fermentation, special k-72, special double rendaman dan madu oren. Santa Felisa mencipta tema rasa yang khusus bagi setiap keluaran kopi dengan objektif memberi tanggapan kesan kemahiran petani terhadap rasa kopi. Olah itu setiap tabun Santa Felisa akan mengadakan lelongan terbuka bagi pelanggan2 setia serta peminat kopi yang baru untuk membeli kopi2 eksperimental ini dalam lot/keluaran terhad.

Gambar 2. Santa Felisa dan rakan2 industri kopi

Terang

Langganan bulanan Terang-So merupakan usaha murni Arkib untuk membangkitkan deria rasa peminat kopi yang masih tidur. Melalui program langganan pelbagai kopi2 unik serta berkualiti tinggi dipilih dengan objektif memberikan pengalaman luar biasa merasa kopi istimewa dengan lebih mesra. Pemilihan kopi Santa Felisa Catuai 1600 Wet Bulk Fermentation kali ini amat bertepatan Sengan objektif langganan Terang-SO.

Gambar 3. Ceri Catuai Kuning 1600, salah satu baka eksotik ditanam ollen Santa Felisa

Kopi ini merupakan salah satu koleksi rasa simponi Santa Felisa di mana setiap kesemua mikro-lot kopi diproses dengan pelbagai proses eksperimental. Ceri yang dipetik akan melalui proses pengasingan ceri rosak menggunakan teknik apungan air menggunakan tangki rendaman kopi. Ceri kemudian direndam selama 3 jam sebelum diteruskan unduk proses selanjutnya. Lot kopi kali ini menggunakan ceri Yellow Catuai 1600 yang difermentasi secara aerobik. Disini aerobik bermaksud pengoksidaan yang merujuk kepada persekitaran ceri yang memberi manfaat dalam bekas fermentasi selama 3 hari. Persekitaran fermentasi terbuka ini mencipta persekitaran fermentasi secara oksida.. Apa lagi yang menarik  adalah dimana Santa Felisa menggunakan kotak kayu untuk fermentasi aerobik. Mikrob yang wujud dalam persekitaran ini menggalakkan aktiviti mikrob dan memberi spektrum rasa baru.

Gambar 4. Teknik basuhan dan pengasingan ceri rosak dan tidak elok

Gambar 5. Pengeringan kopi di atas meja jaring Afrika.

Laporan

Sesi merasa kopi Santa Felisa memgukuhkan pendapat kami mengenai pengalaman dan kemahiran petani terhadap kualiti kopi. Jika dilihat, kopi baka Catuai ini mempunyai kualiti rasa yang baik tetapi dengan sentuhan Anabella, kopi ini memberikan intensiti kualiti kopi yang jelas dan menakjubkan . Haruman kopi  yang padat dengan kualiti oren, daun limau purut, limau gedang serta hazelnut memberi ia persepsi cap motor kopi Guatemala yang sangat baik. Kualiti citrus buah semakin terserlah di aroma apabila bau-bauan seperti bunga puteh, pisang kaki dan sensasi mula muncul. Apa yang lebih menarik tentang kualiti superti ini ialah ia amat sinonim dengan kualiti kopi cucian basah tetapi bukan pada kopi natural. Inilah salah satu petanda betapa bersihnya hasil pemprosesan kopi natural oleh Santa Felisa.

Gambar 6. Petik ceri ranum kunci kopi natural yang berkualiti tinggi

Penilaian kualiti dilanjutkan kepada segmen seperti rasa, selepas rasa, asid , tekstur, keseimbangan dan keseluruhan. Rasa kopi ini lebih kepada arah profil rasa harmoni dengan nota rasa ringkas superti kulit oren, karamel, buah pic dan buah nektarin. Apa yang membuatkan ia lebih istimewa adalah intensiti nota rasa yang begitu sangat jelas. Setiap kali hidupan, satu persatu nota rasa kopi mengambil giliran dan ia merupakan pengalaman menikmati kopi yang tenang. 

Gambar 7. Tenaga pemprosesan kopi yang menjamin kualiti.

Kualiti asid dan tekstur agak ringkas. Kopi ini dominan mempunyai kualiti asid citrus dan tekstur yang berat. Selepas rasa juga terasa panjang, sesuai dengan reputasi kopi Guatemala yang terminal dengan keunikan selepas rasa yang panjang lebih2 lagi untuk kategori kopi tekan. Secara kesuluruhan kopi proses fermentasi natural wet bulk ini benar2 memberi pengelaman bagaimana petani dapat menggunakan seluruh potensi kopi untuk menghasilkan rasa kopi yang cemerlang. Rasa kopi ini amat seimbang dan ia memberi pengalaman yang luar biasa menikmati kopi Guatemala.

Gambar 8 . Pemeriksaan kualiti kopi Santa Felisa oleh penilaian kopi yang mahir

Konklusi

Santa Felisa merupakan kelas petani yang kami ingin ketengahkan kepada peminat2 kopi Arkib. Gabungan petani hebat dan pemanggang kopi yang berkemahiran dapat memberi tanggapan yang lebih baik tentang kopi istimewa di mata peminat kopi. Tiada yang lebih indah daripada menawarkan kopi istimewa seperti kopi Yellow Catuai 1600 Natural Wet Bulk untuk anda.

Gambar 9. Kopi istimewa harapan insan berjiwa besar. Maju jaya Santa Felisa!

Kembali ke blog

Tinggalkan komen