Wangi & Aroma

Wangi & Aroma

Sebagaimana manusia jatuh cinta pandangan pertama, begitu juga dengan kopi yang enak.Seringkali bau wangian serta aroma menjadi perangsang bau manusia terhadap kopi yang kegemaran.

Kebiasaan kita menemui pelbagai haruman bak bunga,buah-buahan ranum, rempah-ratus serta herba. Elemen seperti ini membuatkan peminat kopi begitu teruja dengan setiap kopi yang di cuba.

Gambar 1. Bersiap sedia untuk sesi uji rasa kopi

Bergantung kepada keadaan kopi, komponen wangian serta aroma kopi akan berubah dari masa ke semasa. Penilaian rasa kopi melalui wangian serta haruman dinamakan Pembauan (Olfaction).Pembauan bermaksud jika sesuatu bahan tidak berubah kepada gas kita tidak boleh menghidu.

Gambar 2. Penilaian/evaluasi pembauan aroma sebaik sahaja kopi dicampur air

Gambar 3. Membersihkan kerak membolehkan penilaian rasa kopi dilakukan


Pembauan kopi adalah penilain deria bau untuk komponen aroma kopi yang tidak stabil (aroma meruap) kerana komponen ini sentiasa berubah pada suhu yang berbeza. Secara am aroma kopi di pecahkan kepada 4 kategori:

a) Aroma (Aroma Kering) - kebiasaan dirujuk sebagai bau wangian (wangian), pemeja kering yang menukar
komponen kimia yang kepada gas pada suhu bilik atau sedikit suam.

b) Aroma basah (Cup Aroma) - kebiasaan dirujuk sebagai aroma yang terhasil apabila kopi kisar dibancuh dengan
udara.

c) Aroma dari hidung (Nose-derived) - aroma yang melekat dan terasa dimulut selepas minum kopi.

d) Selepas rasa (Aftertaste) - aroma yang melekat dan terasa di rongga mulut setelah kopi ditelan.

Gambar 4. Aroma kopi yang dibawah kerak kopi dihidu sebaik sahaja kerak mula dipecahkan.

Berdasarkan 4 kategori ini penilai kopi profesional sentiasa cuba mengenal pasti sebaik mungkin potensi serta kualiti sebenar kopi yang dirasai. Mengetahui natijah haruman dan aroma kopi sangat kompleks proses pembauan kopi sebaiknya dijalankan dalam keadaan senyap. Supaya kita boleh menjadi lebih fokus terhadap tugas membau kopi.

Gambar 5. 'Work in silent' menjadi moto penilai kopi profesional.

Selain berfungsi sebagai salah satu kompenan untuk penilaian kopi, pembaun juga boleh mengajar kita tentang perbezaan kopi dari satu negara ke negara lain. Begitu juga perbezaan wilayah penanaman kopi atau perbezaan teknik proses. Dengan itu pembaun (Olfactary) merupakan salah satu deria utama dalam membezakan watak sesuatu kopi.



Kembali ke blog

2 ulasan

Online[/url] Amoxicillin 500mg vxn.ywyr.arkibkopi.my.ekc.vj http://mewkid.net/when-is-xuxlya/
eqexihub
500mg[/url] Amoxicillin Without Prescription ruk.btbm.arkibkopi.my.lmf.xs http://mewkid.net/when-is-xuxlya/
ogujolo

Tinggalkan komen