Mountain background with flowers in the foreground

2023 Arkib Farm Visit (Bali, Indonesia)

 

       Bekerja di dalam bidang kopi, bermula dengan menjaga floor (perkara biasa), kemudian beransur menjadi barista, belajar menyediakan kopi yang pelbagai jenis, dari espresso hingga ke pour over. Tahun berganti tahun, beralih pula ke roastery dan belajar memanggang kopi. Cuma sepanjang perjalanan dalam industri kopi ini, belum sampai lagi ke kebun kopi, mana asal usulnya yang sangat dititik beratkan dalam specialty coffee. Ini cuma lah natural progression buat pemain industri kopi. Tahun 2023 menjadi titik perubahan di mana perjalanan dalam industri kopi ini berjaya dikatakan hampir "full circle". Tahun ini lah yang sempat menyinggah ke kebun kopi dan membuka mata kita sebagai konsumer kopi.

       Selama ini, banyak cerita yang sudah di baca mengenai kebun kopi, origin, proses yang berbeza, dan macam macam lah lagi. Cuma kali ini berbeza, melihat segala yang pernah ada di dalam skrin smartphone, kini ada di depan mata. Rata-rata, kita sudah pun tau bahawa kopi arabica agak cerewet dan perlu tanah tinggi beriklim sejuk untuk tumbuh subur. Di sini, saya dapat mengesahkan yang itu adalah sangat tepat.

Ceri kopi yang dikering secara natural

  

 Sarapan pagi yang disediakan tuan rumah, enak sungguh!

 

       Udara pagi yang dingin dan segar menjemput kami, serta satu bau yang spesifik di tempat pemprosesan kopi. Bau ini bukanlah sesuatu yang tidak menyenangkan atau busuk, tapi boleh dikatakan bau seakan fermentasi. Lawatan ke kebun edisi kali ini membawa tim Arkib ke Curtina Specialty Coffee di Kintamani, Bali. Perusahaan yang kini sudah berada di generasi kedua, kami sempat bertukar cerita bersama ibu dan anaknya yang menerajui Curtina.

Wana bersama potret ibunya, generasi pertama yang menerajukan Curtina

 

 Pokok limau (atau lebih dikenali sebagai jeruk) tumbuh bersebelahan pokok kopi

 

       Sepanjang perjalanan kami ke kebun, kami perasan bahawa pokok kopi ditanam bersebelahan pokok limau, berselang. Pokok limau, kopi, limau, kopi dan begitu lah sepanjang perjalanan. Kopi Kintamani memang terkenal dengan rasa citrus nya, mungkin secara tidak sengaja merungkai misteri di belakang rasa citrus itu?

 

 

     Kami tiba pada penghujung bulan Julai, kira sudah terlepas musim puncak memetik ceri di Kintamani. Tetapi tidak rugi juga kerana kami sempat melihat kopi yang sedang diproses. Ada yang sudah dijemur di atas drying bed, banyak yang di dalam green house malah masih ada ceri segar yang baru dihantar sebentar tadi. Di sudut lain pula ada ibu yang sedang mengasingkan (sorting) bjii kopi untuk diasingkan mengikut gred. Baru kini menyedari bahawa tempat pemprosesan kopi jarang lengang ketika musim tuai.

 

bersambung... 

 *nota kaki - blog siri lawatan ke kebun 2023 merupakan penulisan dan pandangan peribadi ahli Arkib Kopi dan tetamu yang turut sempat sertai lawatan ke kebun kali ini

Back to blog

Leave a comment