Tahun 2021 merupakan tahun ‘roller-coaster’ dimana pandemi melanda dunia dengan lebih kencang. Sebagai perusahaan kecil seperti Arkib, kami juga tidak terkecuali dari dampak pandemi yang memberi cabaran di luar dugaan. Walaubagaimanapun komitemen kami sebagai pemanggang kopi istimewa memacu kami untuk meneruskan program dagang ters. Kali ini, Arkib meneroka bumi pengeluar kopi yang terkenal di benua latin Amerika iaitu Colombia.
Gambar 1. Jalan masuk ke kebun La Esperanza, Tolima
Berdasarkan pengalaman kami sebagai pembeli kopi Colombia, pemetaan rasa kopi mengikut kawasan dimulakan bagi mencari kualiti kopi yang sesuai. Tolima merupakan salah satu kawasan penanaman kopi yang terletak di barat tengah Colombia. Musim kopi Tolima terbahagi kepada 2 musim iaitu dari April hingga Julai dan Oktober hingga December. Hampir 85% peratus hasil kopi akan dituai pada musim pertama dan baki nya di musim ke dua (musim mitaca).
Gambar 2. Ceri kopi yang ranum menunggu untuk dituai
Semasa pencarian, Arkib mencari petani yang berdedikasi, inovatif dan bersemangat untuk menghasilkan kopi istimewa yang berkualiti. Pencarian ini diakhiri dengan pertemuan digital secara digital melalui zoom bersama Juan dan Kelly dari Avecafes. Kedua2 generasi muda petani ini mempunyai kebun kopi bernama La Esperanza. Kebun ini ditanam dengan baka kopi yang amat unik seperti Geisha, Wush Wush, Tabi dan Bourbon. Mereka lebih focus kepada produksi kopi skala kecil dengan kualiti kopi istimewa.
Gambar 3. Juan & Kelly bersama petani di kebun La Esperanza (Juan paling kiri dan Kelly dua dari kiri)
Di sesi pertemuan digital Juan dan Kelly berkongsi cerita mereka tentang bagaimana Avecafes dan La Esperanza bermula. Cerita tentang perjalanan kopi mereka bermula semasa mereka berada di California sewaktu mengusahakan perniagaan jus buah2-an. Berasal dari Colombia, mereka sering terdengar kata2 warga Amerika Syarikat yang memuji kualiti kopi Colombia. Hal ini menarik minat mereka terhadap kopi dan mendorong keputusan untuk kembali ke Colombia menerokai industri kopi.
Gambar 4. La Esperanza terletak di ketinggian 1800 - 1900 msal
Apabila pulang ke Colombia mereka berdua mengusahakan kafe di Bogota dan mula membeli kopi dari petani berhampiran untuk dipanggang. Kopi ini kemudian akan disajikan kepada tetamu yang berkunjung ke kafe. Suatu hari mereka ingin pelajari lebih mendalami lebih dalam tentang kopi yang dibeli dan mula melawat petani yang menjual kopi kepada mereka. Hampir tidak terfikir bahawasanya kunjungan ini merupakan titk permulaan bagi Juan & Kelly ke arah jalan menjadi petani kopi istimewa.
Gambar 5. Meja Parabolic untuk mengeringkan kopi
Sebaik saja sampai di kebun mereka disambut riang oleh pemilik kebun dengan gembira menyebut “ Anda penyelamat saya”. Mereka berdua agak tercengang dengan nada sambutan petani. Kemudian dia menyatakan beliau menyangka kedatangan mereka berdua ke kebun untuk membeli kebun kopi yang dimilikinya. Terkejut dengan pertanyaan itu mereka menolak pelawaan pemilik kebun. Bagaimanapun selepas 3-4 bulan Juan & Kelly membuat keputusan untuk menjadi petani kopi. Mereka berfikir mungkin ini adalah sesuatu cabaran yang baru dan menarik untuk dilakukan. Bagaimanapun mereka membeli kebun kopi itu dengan syarat mereka dibimbing oleh pemilik kebun untuk aktivit pertanian kopi. Maka bermulalah episode kebun La Esperanza dan syarikat Avecafes untuk mereka mengeksport kopi ke luar negara.
Gambar 6. Rumah Solar tempat pengeringan kopi
Mendengar cerita yang begitu menakjubkan ini, ia memberi isyarat Arkib telah menjumpai petani kopi yang tepat. Walaupun baru berusia 3-4 tahun sebagai petani kopi, Avecafes Berjaya menghasilkan kopi baka eksotik seperti Wush-Wush dan Java dengan proses eksperimental. Kami amat kagum bagaimana mereka mampu menghasilkan proses kompleks dengan menggunakan kesemua fasiliti yang sedia ada.
Gambar 8. Yellow Catuai?
Untuk musim 2021, Arkib memilih baka kopi Wush-Wush dengan proses 2 kali fermentasi kedap udara (double anaerobic).Proses ini merupakan gabungan 48 jam natural kedap udara (natural anaerobic) dan 72jam fermentasi cucian basah kedap udara (washed anaerobic). Kesemua fermentasi menggunakan bag hermetic Grainpro yang amat terkenal sebagai bag pembungkus hasil pertanian yang menjamin kerbersihan dan mutu proses fermentasi. Kombinasi fermentasi ini adalah bertujuan memilih bakteria dan yeast yang sesuai bagi setiap fasa fermentasi. Ia akan memudahkan lagi bagi petani untuk memastikan profil kopi yang dikehendaki dapat dihasilkan. Bagi kiriman pertama tahun ini Arkib hanya Berjaya mendapatkan 10kilogram di atas produksi kopi yang terbatas.
Kualiti kopi ini benar2 mengejutkan kami sebagai pemanggang kopi istimewa. Wush Wush mempunyai haruman citrus yang sangat jelas dan terang. Kualiti ini seakan2 buah limau gedang dan putih, Manakala aroma serai dan limau gedang semakin nyata apbila kopi basah. Kopi mempunyai sedikit kelainan dari kopi Colombia yang lain dengan sensasi buah pic putih, laici dan gula puteh. Gabungan fermentasi ternyata memberi anjakan intensiti kualiti kopi yang sangat jelas. Hingga suatu saat kami merasakan ia amat sesuatu yang luar biasa dari kopi Colombia yang normal, penuh dengan rasa buah2an tropical yang cemerlang.
Gambar 10. Fermentasi anaerobic menggunakan bag hermetic