Bumi Indonesia diberkati dengan tanah subur, pelbagai iklim dan suhu, geografi bumi yang dinamik menjadikan ia salah satu negara yang mempunyai alam semulajadi yang sangat sesuai bagi penanaman kopi. Di lawatan jalan2 ke kebun edisi 2022, kami sempat berkunjung ke kawasan perkebunan kopi di Jawa Barat. Salah satu misi utama adalah mencari baka kopi yang jarang ditemui di Indonesia iaitu Caturra Kuning.
Gambar 1. Permandangan kebun teh sebelum menuju ke kebun kopi
Pengembaraan kali ini membawa kami ke kawasan perkebunan Ciwidey atau jauh lebih tepat lagi ia terletak di daerah Pasir Jambu, Tenjolaya. Kawasan perbukitan Jawa Barat ini giat dengan penanaman ladang teh dan sayur2-sayur yang telah lama menjadi nadi kehidupan bagi masyarakat setempat. Namun jauh ke dalam di kawasan pergunungan, kebun2 kopi terutamanya penanaman kopi arabika juga dikembangkan oleh petani tempatan.
Gambar 2. Pohon naungan di sekitar perkebunang Jawa Barat
Kunjungan kami ke Tenjolaya telah dijemput oleh pemprosesor kopi tempatan Saninten Coffee yang dipimpin oleh Imam Muhkamat. Merupakan anak jati Tenjolaya, Imam memutuskan untuk berhenti kerja di kota Bandung dan pulang ke kampung bagi mengusahakan kebun kopi milik keluarga. Selain dari itu Saninten Coffee juga terlibat dalam menjaga, merawat dan memproses hasil kebun kopi dari jiran tetangga.
Gambar 3. Sesi merasa hasil tuai segar 2022 bersama Imam dari Saninten Coffee
Sebaik tiba sahaja di Tenjolaya, kami terus ke meja merasa kopi bagi menikmati spektrum rasa kopi yang dihasilkan oleh Saninten Coffee. Sambil merasa pelbagai kopi yang baru diproses, kami juga berbicara mengenai topik semasa kopi seperti harga, pasaran tempatan, permintaan luar negeri dan tiba2 muncullah topi baka ‘eksotik’ Caturra Kuning / Yellow Caturra. Tanpa kami ketahui rupa2 terdapat salah satu petani Saninten Coffee mempunyai petak lot eklusif menanam baka Caturra Kuning.
Gambar 4. Pencarian mencari Caturra Kuning bermula
Mengapa dikatakan Caturra Kuning sebagai kopi eksotik untuk kopi Indonesia? . Kopi merupakan komiditi dunia dan produksi yang terjamin menjadi agenda utaama bagi sesiapa yang memperdagangkan kopi. Inin membuatkan pemerintah di zaman penjajahan Belanda memilih untuk mengembangkan kopi dengan baka hybrid Catimor seperti Sigararutang, Adungsari, Komasti, Gayo1, Gayo 2 dll. Demi memastikan pokok kopi mempunyai produksi kopi yang lebat serta tahan penyakit. Namun salah satu kekurangan baka ini adalah rasa kopi yang sederhana dan jarang2 menonjolkan karakter unik atau kompleks.
Gambar 5. Petak kebun nanolot di Pasir Jambu, Tenjolaya
Oleh itu Caturra Kuning memberi harapan bahawa terdapat kualiti kopi Indonesia yang sangat unik dan menarik di atas faktor baka kopi yang unggu. Bermula dari belakang rumah Imam, kami mula berjalan kaki mendaki bukit sehingga keletihan. Tidak lama sedikit kami menaiki motor untuk terus ke rumah Bu Tati, satu2 nya petani yang menanam kopi Caturra Kuning.
Gambar 6. Bu Tati Bersama pohon kopi Caturra Kuning yang dijaga rapi
Kedudukan kebun kopi ini sangat menarik dimana kebanyakkan kebun kopi ditanam pada lereng bukit atau jauh di dalam kawasan perhutananan. Kebun Bu Tati terletak bersebelahan rumah yang mempunyai keluasaan sekitar suku atau setengah hektar. Petak kebun ini khusus ditanam dengan baka Caturra Kuning namun jika terdapat pohon Caturra Kuning yang mati ia akan diganti dengan baka kopi yang lebih lasak seperti Sigararutang. Rata2 baka Caturra Kuning masih mendominasi sekitar 90% produksi dari kebun Bu Tati.
Gambar 7. Ceri Caturra Kuning yang menunggu masa untuk masak
Apa yang menarik tentang baka Caturra Kuning adalah ia merupakan baka kopi kategori mutasi alam semujadi baka kopi Bourbon. Ciri fizikal yang renek serta mempunyai senggat dahan yang pendek, memberi kelebihan untuk Caturra menghasilkan ceri kopi yang banyak. Selain dari itu baka Caturra sering dikenali denga kualiti asid buah yang bagus serta profil rasa kopi yang enak. Walaubagaimanapun salah satu kelemahan baka ini apabila ditanam di Indonesia adalah ia tidak mempunyai ketahanan lasak terhadap penyakit karat daun.
Gambar 8. Caturra Kuning punah dihancurkan oleh serangga perosak
Gambar 9. Akar pokok kopi yang mati akibat serangga perosak dan kekurangan nutrisi
Menurut Bu Tati, baka Caturra Kuning ini mula ditanam apabila kerajaan Indonesia selepas kemerdekaan mula menggalakkan penanaman kopi bagi memicu ekonomi luar bandar. Baka kopi Caturra mula diperkenal dimana ia masih baru bagi industri kopi. Setelah berdekad berlalu petani kopi mula beralih kepada baka hybrid Catimor yang lebih rentan terhadap penyakit dan serangan serangga perosak. Namun Bu Tati memilih untuk mengekalkan lot kecil Caturra Kuning ini kerana ia mempunyai keunikkan tersendiri berbanding kebun kopi petani lain.
Gambar 10. Ceri kopi Caturra bulat dan lonjong serta berwarna kuning
Gambar 11. Gugusan ceri Caturra Kuning yang sihat dan matang secara bergilir
12. Pohon kopi yang lewat berbuah masih lagi mempunyai bunga
Gambar 13. Bu Tati sentiasa menjaga keadaan kebun dan memeriksa kesihatan pokok kopi
Salah satu misi dagang terus adalah meneroka dunia kopi demi mencari kopi yang berkualiti serta mempunyai cerita kopi yang menarik. Bu Tati adalah salah satu petani kopi Jawa Barat yang mempunyai kopi yang berkualiti tinggi. Kopi Caturra Kuning ini diproses natural khusus buat Arkib dan hanya hadir dengan kuantiti terhad. Lot kopi Bu Tati akan sentiasa menghiasi seleksi dagang terus. Semoga kami mempunyai peluang lagi berkungjung kesana lagi di kemudian hari.