Syurga & Bumi Bhg.2

Kedatangan kami ke ladang kopi disambut dengan kuntuman bunga yang menawan hati. Sebaik sahaja tiba, kami dijemput oleh kakitangan Toarco untuk menikmati kopi dan juga beramah-mesra. Kebanyakkan kakitangan di sini sudah bekerja sekitar 10 tahun. Semasa hari lawatan, aktiviti memetik ceri masih berjalan seperti biasa tetapi tiada produksi untuk pemprosesan ceri kopi di stesen pemprosesan.
 
Selesai sahaja habis menikmati kopi, kami dibawa ke pusat pengumpulan kopi dimana para pemetik ceri mengumpulkan kesemua biji ceri yang dipetik. Biji ceri yang dikumpul akan melalui proses pengasingan untuk memastikan ceri kopi yang busuk atau rosak tidak terus dihantar ke stesen pemprosesan. Kami juga diberitahu bahawa gaji pemetik kopi akan dibayar berdasarkan berat timbangan ceri kopi yang dipetik. Hargailah jasa pemetik ceri kopi anda.

 

 Gambar 1 : Kuntuman bunga di ladang kopi Toarco Toraja
 
Gambar 2 : Ceri kopi ditimbang dan dicatat sebelum dihantar ke stesen pemprosesan
 
Gambar 3 : Longgokan guni ceri kopi yang menunggu lori untuk diambil

 

Gambar 4 : Kenangan bersama ketua kumpulan pemetik ceri kopi
 
Gambar 5 : Landskap di ladang ini mampu menjawab kualiti kopi Toraja yang dihasilkan oleh Toarco.
 

Selama ini kita hanya membaca bagaimana pemetik ceri memetik ceri kopi yang elok dan sudah masak di artikel berkaitan kopi. Pengalaman melawat ladang kopi kali ini membuka mata kami bahawa tugasan kecil ini merupakan kunci kejayaan kepada proses yang berikutnya. Kami berkesempatan menyertai kumpulan pemetik ini memetik ceri kopi di lapangan. 

Memetik kopi merupakan rutin harian mereka, maka tidak hairan melihat betapa pantas dan licik mereka meredah dahan-dahan pokok kopi untuk memetik ceri kopi yang elok. Berbekalkan karung guni kecil dan juga topi, pemetik ceri kopi ini menjalani aktiviti seharian mereka dengan riang-ria. Sambil memetik dan menyanyi bersama-sama, kami semua  terasa terhibur memetik kopi di ladang kopi.

 

Gambar 6 : Memetik kopi di ranting pokok kopi seperti ini agak mencabar kerana pemetik perlu berhati2 memetik ceri kopi yang elok sahaja.
 
Gambar 7 : Riang-ria pemetik ceri kopi sambil menjalani rutin harian.
 
Gambar 8 : Kuntuman bunga kopi yang harum.
 
Gambar 7 : Nampak mudah tetapi ia mengambil tempoh masa bertahun2 untuk menjadi seorang pemetik ceri kopi professional.
 
Terdapat beberapa pemerhatian yang menarik tumpuan kami semasa berada berdekatan pohon kopi. Kebanyakkan kopi ini semua ditanam antara jarak yang tertentu. Lokasi penanaman juga selalunya berada di bawah naungan pohon besar. Ini membantu persaingan sihat bagi pohon kopi untuk menyerap nutrisi dari tanah dan lindungan dahan pohon naungan dapat mengurangkan panas terik matahari. Kondisi seperti amat membantu kematangan ceri kopi dan secara tidak langsung ceri kopi akan menjadi lebih manis.
 
Gambar 8 : Redup mata memandang ke langit dibawah pohon naungan.
 
Gambar 9 : Ceri yang manis untuk bibir yang manis.
 

Pada tahun ini musim hujan berpanjangan telah member impak negatif kepada hasil tuaian kopi tahun ini. Kami diberitahu hujan yang berpanjangan telah menyebabkan sesetengah ceri kopi jatuh ke bumi disebabkan terkena tempiasan hujan. Selain itu hujan yang panjang menyebabkan ceri kopi menjadi terlalu gemuk dan mengurangkan kadar kemanisan ceri kopi. Secara am kopi dijual berdasarkan kuantiti tetapi harga kopi Toraja Toarco juga dijual berdasarkan kualiti kepada pembeli. Dengan kualiti yang rendah ini memberi impak yang besar kepada jumpah hasil jualan tahun ini.

Artikel berikutnya , kami akan menerukan perjalanan ke stesen pemprosesan. Bersambung seterusnya Syurga & Bumi bahagian ke-3……….