Bunyi petir dan guruh petanda hujan akan turun, begitulah cuaca di Indonesia. Amat sukar diramal dan dijangka, kehidupan di kawasan ladang kopi ini memerlukan petani untuk sentiasa berjaga2 dengan keadaan cuaca yang boleh berubah dalam sekelip mata. Di Ladang Pedamaran, fasa pengeringan akan dilakukan melalui 2 teknik iaitu secara manual (patio/lantai) dan automatik (mesin pengering). Sekiranya cuaca baik dan cahaya matahari mencukupi, sebaik sahaja proses cucian basah selesai biji kopi akan dikeringkan di atas hamparan lantai.
Teknik pengeringan atas lantai atau patio ini diguna pakai di kebanyakkan negara pengeluar kopi terutamanya kawasan benua Amerika Selatan. Selain daripada itu kelebihan teknik juga ini ia dapat mengeringkan kopi dengan lebih pantas menggunakan pantulan haba dari lantai. Walaubagaimanapun biji kopi perlu di terbalikkan dalam tempoh tertentu untuk memastikan pengeringan yang seragam.
Sekiranya cuaca hujan buruk yang berpanjangan melanda, mereka menggunakan mesin pengering untuk memastikan proses pengeringan dapat dijalankan. Di stesen cucian ini terdapat 2 model mesin pengering yang digunakan iaitu model buatan Jepun (Yamamoto : model pengering secara menegak) dan buatan Colombia (Pinalhalense: model pengering secara mendatar) . Mesin pengering buatan Japan menggunakan gas untuk menghasilkan udara panas manakala model buatan Colombia menggunakan hampas biji kopi yang telah kering sebagai bahan bakar.
Gambar 6. Mesin ini menggunakan hampas cangkerang kopi sebagai bahan bakar.
Secara am, proses pengeringan menggunakan mesin mengambil masa selama selama 72 hari. Pengeringan menggunakan mesin membantu keseragaman pengeringan kopi, profil rasa yang bersih dan juga membantu operasi pengeluaran kopi menjadi lebih efisyen.
Sebaik sahaja selesai proses pengeringan, kopi yang masih didalam cangekrang kopi akan dimasukkan ke dalam guni dan disimpan di gudang. Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke gudang, kami amat kagum dengan sistem penyusunan yang sistematik berskala besar yang dimiliki oleh Ladang Pedamaran.
Bagi gred kopi istimewa/specialty coffee maklumat berkenaan mengenai asal-usul kopi amat penting. Oleh itu kopi sebegini alat dikumpulkan di satu timbunan guni dengan tujuan membezakan kopi tersebut dari kopi yang lain2. Setiap timbunan kopi akan di kelaskan menggunakan kertas warna yang berlainan berserta maklumat terperinci mengenai ladang kopi.
Di siri artikel yang berikut kami akan berkongsi mengenai fasa terkahir sebelum kopi di hantar keluar ke pelanggan atau pedagang2 kopi antarabangsa dan juga tempatan.