Basah

Basah

Membuat minuman kopi adalah perkara yang mudah jika kita mengetahui selok-belok yang sebenar. Menurut umum pelbagai faktor besar seperti jenis kopi, suhu air, resepi dan alat turas memberi impak besar terhadap rasa kopi yang di hasilkan.

Tahukah anda dengan hanya mengubah sedikit curahan air semasa fasa pra-basah (pre-wet) memberi impak yang besar terhadap profil rasa minuman kopi anda? Artikel kali ini mengupas bagaimana fasa pra-basah mempengaruhi spektrum rasa kopi.

 

Foto 1. Basahkan kertas turas sebelum menuras kopi

Pra-basah ialah proses dimana sejumlah air dituang terlebih dahulu untuk memastikan keseluruhan kopi basah. Ini membantu pati kopi untuk lebih mudah larut kerana dalam keadaan basah kecenderungan kopi untuk diekstrak akan meningkat. Walaubagaimanapun sebenarnya jumlah kadar keterlarutan pati kopi (Total Dissolved Solid/TDS) banyak dipengaruhi oleh jumlah curahan air yang pertama.

Foto 2. Meratakan kopi sedikit sebanyak membantu penyebaran air dengan lebih sekata.

Ujikaji ringkas dilakukan untuk mengetahui bagaimana TDS berubah mengikut jumlah curahan pertama.Ujikaji kali ini dilakukan dengan menjadikan saiz kisar, suhu air dan nisbah turasan kopi sebagai pembolehubah dimalarkan. Manakala tiga jumlah curahan air berbeza dituang untuk menguji nilai bacaaan TDS.

Foto 3. Curahan pertama fasa pra-basah (pre-wet)  

Foto4. Menggunakan sukatan air yang sama membantu untuk mereplikasi rasa kopi yang sama.

Kali ini kami menggunakan resepi nisbah turasan 1:17 dan kopi Colombia Huila dengan tahap panggang sederhana (medium roast). Berdasarkan hasil ujikaji, pra-basah dengan jumlah curahan air (bagi ujikaji ini adalah 60ml) memberikan bacaan TDS paling tinggi. Jumlah air yang secukupnya diperlukan untuk mengekstrak pati kopi dengan lebih efisyen. Sekiranya jumlah air terlalu kurang atau terlebih ia akan memberi hasil yang sebaliknya iaitu mengurangkan kadar keterlarutan pati kopi.

 Foto 5. Hasil uji kaji ringkas curahan air pertama dan TDS

 Foto 6. Graf tindak balas jumlah air pra basah dan TDS

 

Perihal yang ringkas seperti ini memberi ruang kepada penuras kopi di rumah untuk mencari ‘titik manis/sweet spot’ rasa kopi yang dikehendaki. Dengan bermain dengan jumlah air anda juga akan mengubah peratus pati kopi yang diekstrak sekaligus mengubah rasa kopi secara keseluruhan.

 

 Foto 7. Sains dan fakta dalam kopi sesuatu yang menakjubkan 

 

Back to blog

Leave a comment