Di Sebalik Tabir Bhg. 1

Di Sebalik Tabir Bhg. 1

Di Sebalik Tabir

Bangkit dari tidur dan mulakan hari anda dengan secawan kopi merupakan rutin buat penggemar kopi. Dari biji kopi kemudian dikisar dan dituras dengan teliti, secawan kopi yang sedap memberikan nikmat di pagi. Pernahkah anda terfikir bagaimana biji kopi diproses oleh tukang panggang (coffee roaster) sebelom ia sampai ke tangan anda. Arkib Kopi berkongsi sedikit sebanyak bagaimana proses di sebalik tabir bagaimana kopi anda diproses.

Arkib Kopi merupakan tukang panggang dalam skala kecil. Di makmal kopi panggang, Arkib menggunakan mesin panggang jenama Huky 500. Mesin ini direka khas oleh Mr. Lee dari Taiwan yang amat pakar dalam bidang fabrikasi stainless steel. Mesin ini dilengkapi dengan pembakar seramik IR dan juga kipas kelajuan berubah-ubah. Haba infra-red mempunyai kelebihan iaitu ia mempunyai kemampuan haba yang cekap untuk menembusi sehingga bahagian dalam biji kopi mentah. Manakala kelajuan angin yang dikawal kipas memastikan tukang panggang mempunyai kawalan terhadap suhu drum dan juga kopi.

Kapasiti drum mesin ini mampu memanggang kopi dari kuantiti minimum 150 gram sehingga 500 gram. Bergantung kepada teknik panggang, kuantiti muatan biji kopi bawah 50% kebiasaannya digunakan untuk light roasting style.

Bahagian seterusnya Arkib Kopi akan mandalami pengaruh kualiti biji kopi mentah dalam mereka profil rasa kopi.

Back to blog

Leave a comment