Di Sebalik Tabir Bhg. 2

Kunci kepada minuman kopi yang enak dimulai dengan biji kopi mentah yang berkualiti tinggi. Melalui proses pemilihan biji kopi mentah yang teliti Arkib Kopi memilih biji kopi yang mempunyai profil rasa yang unik serta kondisi yang baik untuk dipanggang.

Antara kondisi yang kritikal ialah kelembapan kopi. Kelembapan yang tinggi akan menyukarkan proses pengiringan kopi sekaligus mengakibatkan masa panggang mengambil masa yang terlalu panjang. Manakala kelembapan biji kopi mentah yang rendah berpontensi untuk memberi kesan negatif terhadapat profil rasa. Kondisi kelembapan biji kopi yang ideal ialah 10%-12%. 

Biji kopi mentah akan melalui beberapa saringan pemeriksaan untuk memastikan tiada kopi cacat yang terlepas dari kawalan kualiti. Peringkat pertama biji kopi mentah akan dihampar di atas dulang putih dan diperiksa dalam kuantiti yang kecil. Biji kopi kemudian disusun dengan jari dalam bentuk barisan yang kecik untuk memudahkan biji kopi cacat diasingkan. Teknik ini amat sinonim dengan pemanggang kopi dari Jepun dimana mereka menitipkan sifat teliti dalam proses pemanggangan kopi.

 

                                                        Gambar 1. Biji kopi ditimbang mengikut jumlah tempahan 

                                                   Gambar 2. Proses pengasingan dilakukan secara manual dan teliti

    Gambar 3. Susunan barisan biji kopi memudahkan proses mengenal pasti akan biji kopi yang mempunyai kecacatan. 

                                                 Gambar 4. Tiada kompromi dalam kualiti bagi setiap kopi dari Arkib. 

Pengasingan di peringkat kopi biji mentah adalah lagi mudah berbanding kopi yang telah dipanggang. Pada peringkat ini sebarang kecacatan kopi lebih mudah diperiksa dari bentuk fizikal berbanding kopi panggang yang diasingkan mengikut warna kopi yang telah dipanggang. Selain itu kopi yang elok dapat membantu keseragaman profil rasa dengan memastikan haba dapat disebarkan dengan sama rata di dalam drum. 

                                              Gambar 5. Sampel biji kopi mentah cacat yang berjaya diasingkan.

Bahagian seterusnya merupakan artikel mengenai intipati kerjaya seorang pemanggang kopi. Arkib Kopi akan berkongsi bagaimana profil rasa kopi anda direka.