Ethiopia - Gerbang

Ethiopia - Gerbang

Gerbang

Bagi mana2 perminat kopi sejati, Ethiopia merupakan syurga kopi yang tiada tolok bandingan. Dari nama kawasan perkebunan terkenal seperti Yirgacheffe, Sidama, Harrar , Guji dll. Ethiopia tidak pernah putus dengan kualiti kopi terbaik. Sekiranya anda peminum kopi komersial, setitik kopi istimewa pasti akan mengubah trajektori rutim minum kopi anda. Hal ini yang membuatkan pemanggang kopi seperti Arkib berkempen sehabis baik untuk mengembangkan program dagang terus ke Ethiopia. Syurga kopi yang sarat dengan 1001 keunggulan.

 

Gambar 1. Rutin harian minum kopi masyarakat Ethiopia di petang hari

Ethiopia dikenali sebagai ‘Mekah’ kopi kerana ia popular dengan cerita purba yang mengatakan pertama kali kopi ditemukan adalah di Ethiopia. Selain dari itu apa yang menarik tentang kopi Ethiopia ialah jenis baka kopi. Kebanyakkan kopi di Ethiopia lebih dikenali dengan baka ‘asalan’ / heirloom. Ini merupakan terminalogi ringkas yang digunakan orang ramai untuk merujuk kepada baka kopi yang mewakili karakter tempat ia ditanam. Secara umum baka kopi di Ethiopia jatuh dalam 2 kategori kumpulan baka paling utama iaitu baka JARC 740110 dan 74112. Baka ini dihasilkan oleh Ethiopia’s Jimma Agricultural Research Centre (JARC) pada lewat 1960.

Gambar 2. Suasana di kebun petani Ethiopia

Selain daripada itu terdapat juga kacukan di antara kedua2 baka ini yang menghasilkan baka kopi yang baru di kebun petani. Hal ini mendorong kepada kesulitan bagi petani, pemproses kopi dan pengeksport bagi mengenal pasti jenis baka yang sebenar kopi yang dipasarkan. Melainkan petani mengubah model kebun untuk fokus ke arah satu jenis baka. Arkib bekerjsama dengan pengeksport tempatan untuk memastikan maklumat terperinci kopi dapat di perolehi.

Gambar 3. Kopi merupakan nadi pendapatan masyarakat luar bandar Ethiopia

Aricha

Semasa memilih kopi pertama dari Ethiopia, beberapa nama kopi kesukaan kopi kami mula terbayang di fikiran. Dari Hambela, Alaka, Shantawane, Bombe, Keramo dll. ,kami memutuskan untuk membawa kopi Aricha bagi keluaran sulung Arkib. Nama stesen memproses kopi Aricha tidak asing lagi bagi peminat kopi tegar. Nama Aricha juga kadang2 kala dikenali sebagai kopi Misty Valley, terkenal dengan kualiti kopi proses natural yang terbaik dari Ethiopia.

Gambar 4. Bunga kopi petanda musim menuai akan tiba tidak lama lagi.

Aricha terletak di dalam Yirgacheffe yang merupakan sebahagian dari bahagian kawasan Sidama. Ia amat dikenali dengan perkebunan kopi yang rata2 terletak di ketinggian 2000 meter dari aras laut. Kebanyakkan kopi Yirgacheffe di proses secara cucian basah dam sebahagian kecil diproses secara natural. Peratusan jenis proses kopi ini banyak dipengaruhi dengan kehadiran sumber air sungai yang memudahkan proses cucian basah.

Gambar 5. Cucian basah menggunakan salurang air mencuci kopi yang telah difermentasi.

Stesen kopi seperti Aricha kebiasaannya membeli ceri kopi dari petani yang berdekatan (rata dalam radius 5 kilometer). Rata2 setiap keluarga petani mempunyai keluasan kebun sekitar 1 hingga 1.5 hektar. Di kebun petani juga terdapat tanaman yang diberi nama ‘pisang olok2’ yang berfungsi memberi teduhan pada pohon kopi. Selain itu tanaman ini juga diproses sebagai tepung dan pes jeruk sebagai makanan ruji penduduk selatan Ethiopia.

Gambar 6. Peratusan kecil produksi kopi Natural dari Yirgacheffee

Kopi natural ini diproses dengan mengasingkan ceri rosak di dalam tangka air. Ceri yang elok akan dibawa ke meja jaringan Afrika dan dikeringkan pada kadar 2-3 minggu sehingga kopi mencapai kandungan air yang ideal. Kopi yang siap diproses akan dibawa ke pusat bandar Addis Ababa untuk disimpan sehingga menunggu pesanan dari pelanngan untuk dieksport.

Gambar 7. Pengkesport kopi memeriksa kualiti kopi di gudang.

Dagang Terus

Membeli terus kopi dari Ethiopia merupakan impian ulung bagi mana2 pemanggang kopi. Apatah lagi bagi pemanggang kecil seperti Arkib yang masih dalam skala berkembang. Bagi kami membeli kopi dari Ethiopia merupakan bukti bahawa kami mengambil berat mengenai ketelusan dan jejak kopi yang di jual. Melalui Kerjasama dengan pengeksport tempatan, kini Arkib mempunyai akses yang lebih jelas terhadap kualiti serta informasi telus produk kopi dieksport.

Gambar 8. Kopi istimewa pemacu harapan masa depan kopi Ethiopia

Kiriman ulung kopi Aricha dari Ethiopia memberi kami semangat yang lebih kuat lagi untuk menguatkan hubungan kerjesama Arkib dengan industri kopi Ethiopia. Kopi proses natural ini juga amat sesuai dengan karakter Arkib yang amat gemarkan kopi natural. Bagi kami kopi Aricha ini benar2 menggambarkan rasa sebenar kopi Ethiopia yang sejati. Dan ini semua hanyalah untuk memenuhi kehausan cinta kopi Ethiopia oleh peminat kopi Arkib.

Gambar 9. Syurga kopi Ethiopia bagi peminat kopi Arkib

Sumber gambar oleh Seife Coffee

Back to blog

Leave a comment