Negara Gajah Puteh

Negara Gajah Puteh

Bila sebut sahaja tentang Thailand pasti di kepala terlintas Tom Yam atau Bangkok. Negara Gajah Putih yang kaya dengan adat tempatan, hiburan serta makanan yang lazat. Tahukah anda bahawa Thailand juga mempunyai kopi istimewa yang berkualiti tinggi. Kali ini Arkib Kopi bertuah untuk berkenalan dengan Teran dari Chiang Rai. Seorang petani muda yang boleh dikategorikan sebagai generasi muda petani kopi yang sentiasa mencabar diri sendiri untuk mengahasilkan kopi yang hebat. Ikuti temu bual ringkas antara Arkib Kopi dan juga Teran.

   Gambar 1. Teran dari petani muda dari Chiang Rai

A: Hi Teran,boleh perkenalkan diri anda.
T: Hi nama saya Teran. Saya seorang petani kopi dari Doi Chaang, Chiang Rai.
 
A: Bagaimana anda mula terlibat/bermula sebagai karier seorang petani kopi

T: Semuanya bermula kira2 7 tahun lepas. Saya bosan bekerja di bandar dan mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman. Kebetulan ibu saya mempunyai kebun kopi terbiar. Saya mengambil inisiatif untuk mengusahakan kebun ini untuk penanaman kopi.

Gambar 2. Musim kopi di Chian Rai bermula dari October hingga February

A: Berapa luas kebun kopi yang sedang usahakan?
T: Tidak terlalu besar, sekitar 10 rai ( 1rai=1600 kaki persegi). Untuk skala kebun kecil seperti ini saya lebih tumpukan kepada micro lot dan proses kopi yang unik.
 
A: Menarik, selain kopi ada tanaman lain yang anda tanam di kebun.
T: Selain kopi kami juga menanam macadamia, ceri dan juga alpukat.
 

Video 1. Musim kopi sudah bermula di kebun Teran

 

 

A: Baru-baru ini saya ada mencuba kopi natural dari Teran. Agak unit profil rasa kopi ini. Rasa buah seperti strawberi dan sedikit rasa nangka. Selain itu ia agak 'clean' untuk kopi Thailand. Boleh berkongsi bagaimana anda memproses kopi natural ini?
T: Proses natural ini saya lakukan sedikit berbeza. Sebaik sahaja petik , saya akan simpan di dalam beg untuk satu malam. Keesokkan harinya baru saya akan jemur di bawah pelindung matahari. Kebiasaannya ceri akan dijemur dari waktu tengahari hingga ke petang.

Gambar 3. Anak poko variesi Geisha & 'XO' natural Teran 

A: Wahh agak unik ya, seakan sama seperti XO proses dari Granja La Esperanza Colombia. Sekarang, ada apa-apa projek menarik yang sedang dilakukan di kebun?
T: Untuk tahun depan saya bercadang untuk melakukan proses anaerobic. Proses ini akan menjadi penanda aras kualiti untuk eksperimen kopi yang lain2. Selain itu saya sedang menanam anak benih pokok variesi yellow bourbon, gayo dan typica. Kalau tiada aral melintang tak lama lagi kita boleh menikmati kopi variesi ini dari kebun saya.

Video 2. Anak pokok variesi Typica

 

 

Video 3. Anak pokok variesi Yellow Bourbon

 

 

Video 4. Anak pokok variesi Gayo

 

 

A: Bagus sekali, mempelbagaikan variesi juga menarik penggemar kopi untuk mencoba kopi teran. Boleh berkongi antara cabaran menjadi petani kopi skala kecil. 
T: Cabaran utama untuk saya pada ketika ini adalah perubahan iklim. Kebelakangan ini hujan jarang turun dan ini mengakibatkan kandungan gula ceri menjadi rendah. Sekali gus melambatkan proses ceri kopi menjadi ranum.
 
A: Mencabar juga ya, tak sangka sebegitu hebat perubahan cuaca mempengaruhi hasil pengeluaran kopi. Bagaimana pula dari segi memproses kopi?
T: Kekurangan tenaga kerja juga cabaran yang perlu kami hadapi. Rata2 kami terpaksa menaikkan harga kopi sedikit untuk mengimbangi kos tenaga pekerja yang kurang.

 

Gambar 4. Pohon naungan untuk tanaman kopi & variesi kopi misteri di kebun Teran

A: Pada pendapat anda bagaimana permintaan kopi Thailand di peringkat global?
T: Disebabkan kos penghasilan sedikit tinggi, kebanyakkan kopi dijual di pasaran tempatan. Sebab itu saya fokus ke aras mikro lot atau proses yang unik. Supaya kualiti kopi yang dihasilkan mampu berdaya saing di pasaran antarabangsa.
 
A: Semoga masa depan cerah seperti matahari. Akhir sekali ada sepatah dua kata untuk penggemar Arkib Kopi. 
T: Terima kasih kerana membeli kopi kami, kami mengalukan maklum balas dari anda untuk kami terus meningkatkan kualiti kopi. Semoga jalinan persahabtan antara Arkib Kopi dan Teran akan berterusan.
 
Arkib Kopi menawarkan 2 jenis kopi dari Teran iaitu Peaberry cucian basah dan kopi natural. Kedua-duanya adalah terhad. Dapatkan kopi Teran hanya di Arkib Kopi.
Back to blog

Leave a comment