Permata di Pulau Mutiara

Permata di Pulau Mutiara

Sebahagian dari kolabarasi yang akan datang antara Arkib Kopi dan Lunabar Coffee, kami sempat menemubual pengasas Lunabar Coffee. Untuk mengenali beliau dan Lunabar Coffe dengan lebih lanjut ikuti temubual kami bersama Cik Jasmin dari Lunabar Coffee.

Boleh anda memperkenalkan diri?

Nama saya Jasmin. Saya anak Kedah dan menetap di Pulau Pinang semenjak dari zaman kolej. Kadangkala saya tertanya apa ‘peranan’ saya yang paling utama di dunia. Pada saya kopi ibarat puisi dalam kehidupan seharian, ia adalah jampi untuk menceriakan rutin dalam kehidupan seharian.

Pilih salah satu
A.Sin Chang atau Dorameon

Sin Chan

B.Char Keuw Teow atau Cendol
Cendol

C.Espresos atau Filter 
Filter

D.Pop atau Jazz
Jazz

E.Finland atau Japan
- Tunggu jawapannya sehingga saya sudah ke Finland hohoho

Described lifestyle in Penang Nyatakan gaya hidup di Pulau Pinang.
Tenang dan santai. Bila kawan sebut “hae~” , maksudnya luangkan masa bersama tanpa buat apa2. Sedikit gaya hidup perlahan.

Gambar1. Senyuman ramah mesra menjadi penyambut tetamu di Lunabar Coffee

Nyatakan diri anda dalam 3 patah perkataan.
Riang-ria, penyayang dan ramah-mesra 

Buku dan muzik kegemaran.
Buku - Here We Are by Oliver Jeffers
Muzik - 香格里拉 by Waa Wei

Apakah impian anda?

Menjadi lebih berani untuk mengembara ke serata dunia, berkomunikasi dengan orang baru.

Gambar 2. Berkongsi minat yang sama merupakan metlamat menuras kopi yang mutlak.

Lunabar Coffee

Gambar 3. Seandai anda terserempak dengan lambang ini, tahniah anda sudah menjumpai permata di pulau mutiara.

Bagaimana anda boleh terjebak ke dunia kopi.
Secawan kopi Ethiopia istimewa yang dituras oleh Ving (pemanggang kopi The Roast Things Coffee Roaster) semasa saya melanjutkan pengajian di Taiwan. Pengalaman meluangkan masa di kedai kopi sambil menikmati kopi Ethiopia membuatkan saya berazam unutuk membuka kedai sendiri yang menyajikan kopi yang enak serta suasana yang selesa.

Gambar 4. Setiapkan impian besar yang menjadi realiti dimulakan dengan langkah yang kecil.

Bagaimana ia bermula?
Kira-kira 3 tahun lepas kami bermula dengan membuka gerai bergerak di Man Man Market dan Hin Bus Pop Up Market. Kami amat teruja dengan gerai bergerak yang pertama, kami menggunakan pelbagai alat turas dan anda boleh bayar ikut sesuka hati.

Gambar 5. Susunan tanaman semulajadi yang kemas dan unik oleh Sputnik Forest.

Mengapa Lunabar? Boleh ceritakan dengan lebih lanjut tentang idea di sebalik tabir?

Luna bermakna bulan dan ia sentiasa nun jauh di angkasa. Kami sentiasa berharap kami akan sentiasa ada apabila anda memerlukan ruang yang selesa dan minuman kopi yang enak. Kamu akan sentiasa coba untuk menemani anda di sini. Selain itu, kadangkala kami agak ‘gila’, tidak pernah ragu2 percaya terhadap tentang impian sukar untuk dikecapi.

Gambar 6. Aman & Damai

Apa yang membuatkan Lunabar istimewa?
Sebuah rumah kopi yang agak tersorok tetapi dikelilingi dengan warna hijau kehidupan.

Apakah kenangan terbaik dan terburuk bersama Lunabar.
Berkenalan dengan orang2 yang baik J.

Kadangkala saya tertanya apa yang perlu saya lakukan di kala waktu yang sukar.

Gambar 7. Sudut pandangan dari ‘taman’ di dalam rumah.

Boleh berkongsi cerita tentang tim Lunabar?

Mereka sangat kreatif dan ringan tangan. Setiap orang ada keistimewaan dan kekurangan tetapi mereka dengan lapang hati saling bantu-membantu. Akhirnya semua berjalan dengan lebih lancar di luar jangkaan.

3 patah perkataan tentang diri mereka.
Berdikari, kreatif dan jujur. 
 

Apakah rancangan anda untuk Lunabar di masa hadapan?
Menjadi lebih Luna!

Sepatah dua kata untuk peminat Arkib.

Teruskan membaca dan minum kopi istimewa anda.:)

Gambar8. Dengan ingatan tulus ikhlas menyajikan yang terbaik untuk anda.

 

 

Back to blog

Leave a comment