Skip to product information
1 of 5

INDONESIA RAIA MOPASA

INDONESIA RAIA MOPASA

Amount
Regular price RM65.00
Regular price Sale price RM65.00
Sale Sold out
Shipping calculated at checkout.

Abstract

Top Notes

Recipe

Top Notes
View full details

Pelaga

Bali merupakan antara wilayah asal kopi yang istimewa dalam senarai kopi pilihan kami dari Indonesia. Terletak di sebelah timur Pulau Jawa, tanah Bali terbentang di sekitar Gunung Agung yang masih aktif. Keadaan muka bumi yang subur hasil kegiatan gunung berapi menjadikan wilayah ini sesuai untuk penanaman kopi Arabika. Dalam kunjungan kami ke ladang Curtina tahun ini, kami berkesempatan menziarahi sebuah lagi pengeluar kopi istimewa di Bali iaitu Raia Coffee.

Kehadiran kami disambut mesra oleh Irfan Rahadian, seorang pengusaha kopi muda dari Jawa Barat yang memilih ketenangan Bali sebagai tempat untuk membangunkan ladang kopinya. Tahun ini, Irfan mengusahakan tiga kaedah pemprosesan tradisional serta satu lot percubaan melalui proses anaerobik. Menariknya, kopi proses natural keluaran Raia berjaya mendapat tempat dalam senarai pilihan Indonesia Cup of Excellence dan turut menjadi antara lot yang kami bawa pulang untuk Arkib. Penjagaan rapi sepanjang proses penghasilannya menyerlahkan kejernihan rasa serta mutu kopi natural dari Bali.

Inilah pengalaman pertama kami mendapatkan kopi secara langsung daripada sebuah lagi ladang di Bali. Citarasanya lebih terang dengan buah merah yang menonjol serta kemanisan karamel yang lembut. Apabila dibancuh sebagai kopi turas, rasa pic merah dan raspberi hadir dengan jelas. Kemanisan plum merah dan madu menyatukan keseluruhan cawan dengan rasa yang seimbang. Dibancuh sebagai espresso, terserlah ciri klasik jeruk limau Bali bersama kesan rasa buah kering yang berpanjangan. Kemanisan ceri ranum dan rasa manggis pada penghujungnya menambah lapisan rasa yang lebih menarik. Apabila digandingkan dengan susu, teksturnya terasa penuh dan berkrim dengan kemanisan serbuk koko yang halus. Suatu penghargaan buat kami dapat mengenali hasil usaha seorang pengusaha kopi muda yang tekun mengangkat mutu kopi Bali.

Penghasil Kopi

Raia Origins merupakan pengusaha dan pemproses kopi yang berpusat di Auman, Pelaga, Bali, Indonesia. Terletak pada ketinggian antara 1,300 hingga 1,400 meter dari aras laut, kawasan ini mempunyai keadaan muka bumi yang sesuai untuk penanaman kopi Arabika. Antara varieti yang diusahakan termasuk Typica, USDA dan Kopyol. Usaha mereka tertumpu kepada memperhalusi keistimewaan kopi Bali melalui penjagaan rapi dalam setiap peringkat pemprosesan dan penapaian.

Raia Origins mengusahakan beberapa kaedah pemprosesan termasuk natural, natural anaerobik, honey dan washed. Setiap kaedah memberikan ruang untuk menyerlahkan sifat tersendiri bagi setiap lot kopi. Antara yang menarik perhatian ialah Selulung Auman Natural yang memperlihatkan citarasa buah-buahan segar dengan nota oren, strawberi, jambu mawar dan delima. Suatu gambaran tentang potensi kopi Bali apabila hasil tanaman dan kemahiran pemprosesan bertemu dengan baik.

Keistimewaan Raia Origins terletak pada usaha mereka mengangkat nilai kopi melangkaui asal usulnya. Tumpuan terhadap pemprosesan selepas tuaian memberi dimensi baharu kepada kopi Indonesia dengan setiap lot diberi ruang untuk memperlihatkan watak tersendiri melalui rasa dan tekstur. Usaha sebegini turut memperlihatkan perkembangan Bali sebagai salah satu wilayah pengeluar kopi istimewa yang semakin mendapat perhatian.

    • Markah Aras Kopi 86.50mt

      Haruman
      anggur, mulberi, parut epal, buah ara, kismis, buah pic

      Aroma
      kola, karamel, hazelnut, kacang bunduk, kismis, buah pic

      Nota Rasa
      epal merah, tebu, anggur ungu, limau purut, gula-gula, kurma, buah pic

      Rasa Akhir
      tersusun, berlegar-legar

      Keasidan
      medium | malid > citric asid, rasa buah, enak

      Jasad
      medium high | rasa baldu, sirap

      Keseimbangan
      seimbang, harmoni, rasa yang jelas

      Keseluruhan
      rasa buah pic yang enak dan nyaman ditemani dengan kelikatan manis sirap
    • Roasting Schedule

      Roasting on every day from Monday to Thursday
      Cut-off order 3:00 p.m. a day before processing begins.

      Retail and Wholesale Delivery
      Retail order on the next working day

      Delivery will be made on the next processing working day once your order is roasted or ready.
1 of 2

Our Mission

Connect coffee world through ethically sourced and hand crafted coffee

Learn More