Skip to product information
1 of 5

INDONESIA TUANG MBOHANG KOTAK HITAM LOT 6642

INDONESIA TUANG MBOHANG KOTAK HITAM LOT 6642

Amount
Regular price RM70.00
Regular price Sale price RM70.00
Sale Sold out
Shipping calculated at checkout.

Abstract

Top Notes

Recipe

Top Notes
View full details

Abad 21

Landskap kopi Indonesia terbentang luas merentasi gugusan kepulauannya. Setiap pulau membawa keistimewaan asal usul tersendiri yang membentuk ragam dan watak kopi yang berbeza. Antara wilayah yang menarik perhatian ialah Flores di Nusa Tenggara Timur. Bentuk muka buminya yang bergunung-ganang, tanah gunung berapi yang subur serta keadaan iklim yang sesuai menjadikan wilayah ini tempat yang baik untuk penanaman kopi Arabika. Jauh daripada pesatnya pembangunan kota, penghasilan kopi di sini masih erat dengan alam sekeliling serta usaha masyarakat yang mengusahakannya.

Tuang Coffee merupakan antara penggerak yang membawa nama Flores lebih jauh dalam dunia kopi istimewa. Diterajui oleh sekumpulan anak muda yang tekun dan berpandangan jauh, mereka terus meneroka kemungkinan baharu melalui pemilihan buah kopi yang teliti serta kaedah pemprosesan yang lebih eksperimental. Pengenalan fermentasi anaerobik yang sebelum ini belum diterokai di wilayah tersebut telah membuka ruang kepada dimensi rasa yang berbeza dalam kopi Flores. Dengan memberikan perhatian terhadap kematangan buah dan ketelitian setiap peringkat pemprosesan, Tuang Coffee terus mengangkat mutu kopi tempatan ke tahap yang lebih baik.

Mbohang Lot 2986 merupakan antara hasil yang cukup berkesan dalam memperlihatkan keistimewaan kopi dari Flores. Apabila dibancuh sebagai kopi tapis, cawannya dibuka dengan karakter buah gelap yang jelas. Rasa beri hitam yang seakan wain hadir bersama kemanisan buah tin yang sedikit masam manis serta lapisan kismis. Apabila suhu kopi mula menurun, kelembutan manis tembikai mula terserlah dan memberikan dimensi tambahan pada cawannya. Karakter buah tin dan kismis turut kekal apabila disediakan sebagai espresso, diakhiri dengan kemasan rasa seakan wain yang berpanjangan. Apabila digandingkan bersama susu, wataknya berubah kepada kemanisan yang lebih dalam dengan rasa mentega coklat, sirap maple dan coklat gelap. Sebuah kopi yang memperlihatkan kepelbagaian karakter serta kedalaman rasa yang mengagumkan. Bagi kami, Mbohang merupakan antara kopi Flores terbaik yang pernah dirasai.

Penghasil Kopi

Kopi sering kali dinilai melalui apa yang terhidang di dalam cawan. Namun, di sebalik setiap tegukan, tersimpan sebuah perjalanan yang jauh lebih panjang. Bermula daripada tanah tempat pohon tumbuh, tangan yang memetik buahnya, hinggalah kepada penelitian dalam setiap peringkat pemprosesan. Bagi Tuang Coffee, kopi bukan sekadar minuman pahit atau hasil dagangan semata-mata. Ia merupakan hasil alam yang mempunyai pelbagai kemungkinan untuk diterokai. Berteraskan rasa ingin tahu dan kesungguhan untuk terus belajar, mereka meneliti setiap unsur yang membentuk karakter kopi, daripada varieti dan keadaan tanah hinggalah kepada kaedah fermentasi. Melalui pendekatan ini, Tuang Coffee berusaha memperlihatkan kopi sebagaimana sifat asalnya, iaitu sejenis buah yang menyimpan kerencaman rasa dan keistimewaan tersendiri.

Perjalanan Tuang Coffee bermula di wilayah Manggarai yang subur di Flores, Indonesia. Di sini, mereka menjalinkan kerjasama erat bersama para petani tempatan bagi menghasilkan kopi yang bermutu tinggi. Melalui kerjasama ini, Tuang Coffee menyediakan kemudahan serta prasarana pemprosesan yang diperlukan agar para petani tidak perlu menanggung beban kos tambahan. Usaha tersebut membuka peluang kepada petani untuk meningkatkan nilai hasil tuaian mereka. Kopi yang dahulunya sering dianggap sebagai hasil pertanian biasa dengan rasa pahit kini diberi perhatian melalui pemprosesan yang lebih teliti sehingga menghasilkan kopi istimewa dengan karakter tersendiri. Bersama-sama, mereka berusaha menyerlahkan potensi yang tersimpan dalam setiap buah kopi.

Pohon kopi diusahakan secara organik pada ketinggian antara 1,400 hingga 1,700 meter dari aras laut. Tumbuh subur di tengah persekitaran pertanian yang turut ditanami keladi, ubi dan pohon pisang. Setiap biji kopi melalui proses pemilihan dan pemprosesan yang teliti dengan mengambil kira varieti, kaedah serta kampung asal penghasilannya. Pendekatan ini memastikan setiap kelompok kopi mempunyai identiti dan asal usul yang dapat dikenal pasti. Melalui penerokaan kaedah fermentasi yang berterusan, Tuang Coffee berusaha memperhalusi karakter rasa dan hanya membawa hasil terbaik dari Manggarai, Flores. Setiap langkah bukan semata-mata untuk menghasilkan kopi yang lebih baik, tetapi juga bagi menyokong kelestarian pertanian, meningkatkan kehidupan para petani serta membuka ruang kepada segala kemungkinan yang masih tersimpan dalam dunia kopi.

    • Markah Aras Kopi 86.25mt

      Haruman
      kismis, anggur ungu, blackcurrant, coklat dan mawar

      Aroma
      coklat gelap, rosemary, tembakau, ceri berkarbonasi.

      Nota Rasa
      kacang tanah panggang, ceri hitam, sirap mawar, teh hitam, gula hitam, coklat pahit manis, mulberi, rum

      Rasa Akhir
      pekat melekat pada lelangit, panjang sambil berpanjangan.

      Keasidan
      sederhana tinggi | phosphoric > tartaric, rencam, berkembang secara berperingkat.

      Jasad
      sederhana tinggi | sirap, lembut seperti baldu

      Keseimbangan
      rencam, berkembang secara berperingkat, berlapis-lapis

      Keseluruhan
      rasa ceri hitam yang pekat dan menyerlah, disertai tekstur baldu yang halus serta rasa akhir yang panjang dan berbekas pada lelangit.
    • Roasting Schedule

      Roasting on every day from Monday to Thursday
      Cut-off order 3:00 p.m. a day before processing begins.

      Retail and Wholesale Delivery
      Retail order on the next working day

      Delivery will be made on the next processing working day once your order is roasted or ready.
1 of 2

Our Mission

Connect coffee world through ethically sourced and hand crafted coffee

Learn More