Skip to product information
1 of 5

INDONESIA TUANG NATI KOTAK HITAM LOT 667

INDONESIA TUANG NATI KOTAK HITAM LOT 667

Amount
Regular price RM70.00
Regular price Sale price RM70.00
Sale Sold out
Shipping calculated at checkout.

Abstract

Top Notes

Recipe

Top Notes
View full details

Menikmati

Landskap kopi Indonesia terbentang luas merentasi gugusan kepulauannya. Setiap pulau membawa keistimewaan asal usul tersendiri yang membentuk ragam dan watak kopi yang berbeza. Antara wilayah yang menarik perhatian ialah Flores di Nusa Tenggara Timur. Bentuk muka buminya yang bergunung-ganang, tanah gunung berapi yang subur serta keadaan iklim yang sesuai menjadikan wilayah ini tempat yang baik untuk penanaman kopi Arabika. Jauh daripada pesatnya pembangunan kota, penghasilan kopi di sini masih erat dengan alam sekeliling serta usaha masyarakat yang mengusahakannya.

Tuang Coffee merupakan antara penggerak yang membawa nama Flores lebih jauh dalam dunia kopi istimewa. Diterajui oleh sekumpulan anak muda yang tekun dan berpandangan jauh, mereka terus meneroka kemungkinan baharu melalui pemilihan buah kopi yang teliti serta kaedah pemprosesan yang lebih eksperimental. Pengenalan fermentasi anaerobik yang sebelum ini belum diterokai di wilayah tersebut telah membuka ruang kepada dimensi rasa yang berbeza dalam kopi Flores. Dengan memberikan perhatian terhadap kematangan buah dan ketelitian setiap peringkat pemprosesan, Tuang Coffee terus mengangkat mutu kopi tempatan ke tahap yang lebih baik.

Dalam himpunan kopi Flores yang pernah kami terokai, Nati Lot 244 daripada Siri Kotak Hitam merupakan antara lot yang paling dekat di hati kami. Terletak di kawasan tanah tinggi, Kampung Nati mempunyai iklim dan bentuk muka bumi tersendiri yang membentuk karakter kopinya. Apabila dibancuh sebagai kopi turas, cawannya dibuka dengan kemanisan anggur dan plum yang ranum. Rasa buah ara menambah kelembutan manis sementara beri hitam memberikan sentuhan buah gelap yang lebih mendalam. Sebagai espresso, karakternya menjadi lebih pekat dengan rasa ceri hitam, buah ara dan buah-buahan kering yang meninggalkan kemasan panjang. Apabila digandingkan bersama susu, Nati memperlihatkan sisi lebih memikat melalui kemanisan sarang madu, gula-gula merah dan aroma gula-gula getah, dilengkapkan dengan sentuhan coklat yang lembut. Nati Lot 244 merupakan sebuah cawan dengan lapisan rasa yang berkembang mengikut cara penyediaannya. Bagi kami, ia menyerlahkan potensi Flores serta keindahan kopi istimewa Indonesia.

Penghasil Kopi

Kopi sering kali dinilai melalui apa yang terhidang di dalam cawan. Namun, di sebalik setiap tegukan, tersimpan sebuah perjalanan yang jauh lebih panjang. Bermula daripada tanah tempat pohon tumbuh, tangan yang memetik buahnya, hinggalah kepada penelitian dalam setiap peringkat pemprosesan. Bagi Tuang Coffee, kopi bukan sekadar minuman pahit atau hasil dagangan semata-mata. Ia merupakan hasil alam yang mempunyai pelbagai kemungkinan untuk diterokai. Berteraskan rasa ingin tahu dan kesungguhan untuk terus belajar, mereka meneliti setiap unsur yang membentuk karakter kopi, daripada varieti dan keadaan tanah hinggalah kepada kaedah fermentasi. Melalui pendekatan ini, Tuang Coffee berusaha memperlihatkan kopi sebagaimana sifat asalnya, iaitu sejenis buah yang menyimpan kerencaman rasa dan keistimewaan tersendiri.

Perjalanan Tuang Coffee bermula di wilayah Manggarai yang subur di Flores, Indonesia. Di sini, mereka menjalinkan kerjasama erat bersama para petani tempatan bagi menghasilkan kopi yang bermutu tinggi. Melalui kerjasama ini, Tuang Coffee menyediakan kemudahan serta prasarana pemprosesan yang diperlukan agar para petani tidak perlu menanggung beban kos tambahan. Usaha tersebut membuka peluang kepada petani untuk meningkatkan nilai hasil tuaian mereka. Kopi yang dahulunya sering dianggap sebagai hasil pertanian biasa dengan rasa pahit kini diberi perhatian melalui pemprosesan yang lebih teliti sehingga menghasilkan kopi istimewa dengan karakter tersendiri. Bersama-sama, mereka berusaha menyerlahkan potensi yang tersimpan dalam setiap buah kopi.

Pohon kopi diusahakan secara organik pada ketinggian antara 1,400 hingga 1,700 meter dari aras laut. Tumbuh subur di tengah persekitaran pertanian yang turut ditanami keladi, ubi dan pohon pisang. Setiap biji kopi melalui proses pemilihan dan pemprosesan yang teliti dengan mengambil kira varieti, kaedah serta kampung asal penghasilannya. Pendekatan ini memastikan setiap kelompok kopi mempunyai identiti dan asal usul yang dapat dikenal pasti. Melalui penerokaan kaedah fermentasi yang berterusan, Tuang Coffee berusaha memperhalusi karakter rasa dan hanya membawa hasil terbaik dari Manggarai, Flores. Setiap langkah bukan semata-mata untuk menghasilkan kopi yang lebih baik, tetapi juga bagi menyokong kelestarian pertanian, meningkatkan kehidupan para petani serta membuka ruang kepada segala kemungkinan yang masih tersimpan dalam dunia kopi.

    • Markah Aras Kopi 87.25mt

      Haruman
      cokelat, beri, jambu batu, kismis, beri hitam, cempaka, tembikai susu

      Aroma
      kismis hitam, ceri hitam, kiwi, daun limau purut

      Nota Rasa
      oren mandrain, limau purut, ceri berkarbonasi, parut lemon, bunga melati, teh susu, gula2, gula hitam

      Rasa Akhir
      berlegar-legar, panjang

      Keasidan
      sederhana tinggi | tartaric > phosphoric, rencam, anggur

      Jasad
      sederhana tinggi | sirap, rasa yang seimbang

      Keseimbangan
      rencam, berkembang secara berperingkat, berlapis-lapis

      Keseluruhan
      rasa ceri gelap dengan sensasi gula2 getah yang enak
    • Roasting Schedule

      Roasting on every day from Monday to Thursday
      Cut-off order 3:00 p.m. a day before processing begins.

      Retail and Wholesale Delivery
      Retail order on the next working day

      Delivery will be made on the next processing working day once your order is roasted or ready.
1 of 2

Our Mission

Connect coffee world through ethically sourced and hand crafted coffee

Learn More